Ketika aku melihat 2 video yang aku sertakan ini,tiada yang terlintas difikiran aku melainkan Allah menampakkan betapa aku ini hanya memiliki sekelumit iman yang diturunkan secara turun termurun dari orang tua kita.Tiada langsung kualiti iman aku ini berbanding dengan mereka didalam video-video ini.Iman aku ini hanya iman yang setebal kulit bawang,yang tidak langsung diduga oleh Allah dengan dugaan yang seperti mereka didalam video-video ini.Apakah tugas aku diMalaysia ini?Berselisih faham didalam setiap perkara?Tubuhkan organisasi baru demi memperjuangkan bangsa yang langsung tidak memberi sebarang makna pada agama?
Masih menyalahkan orang lain yang menyebabkan bangsa melayu yg kononnya islam itu murtad?
Ahh! persetankan semua itu..tugas kita lebih jauh dari itu.Mampukan kita memandang tinggi sahabat-sahabat kita didalam hutan itu untuk kita berdamping lalu islamkan mereka semuanya.Mampukah kita bersama-sama membawa islam kepada mereka?Tidakkah kita kasihan akan mereka didalam hutan itu tidak menerima islam disebabkan keegoan kita dibandar ini.Aku tidak mampu yaAllah tapi aku bangga ada insan sekuat dan sehebat mereka disana.
Satu kumpulan yang sanggup membuang ego lalu duduk bersama2 mereka di pendalaman hanya kerana perintah Allah untuk disampaikan kepada mereka.Tahukah kita berapa banyak habuan mereka perolehi.Seorang manusia yang berjaya diislamkan,Allah berikan pahala seribu bulan padanya.Tapi pada tanganku seorang pun belum lagi yaAllah.Kotornya hati dan sanubari aku ini yaAllah.
Disatu kumpulan lagi,anak-anak muda bangun menentang pemerintah yang zalim lagi ganas.Mereka mempertaruhkan nyawa demi untuk menyelamatkan anak2 mereka,isteri2 mereka,ayah dan ibu mereka,ulama2 mereka serta para orang ramai disana.Mereka bangun menentang pemerintah yang sudah hilang kewarasannya.Tapi aku yaAllah,aku tak mampu lakukan seperti mereka.Aku ini hanya bernamakan islam tapi tidak memberi apa2 kelebihan kepada agamaMu.YaAllah,aku kagum melihat rakan2 aku disana yang sanggup mati demi mencari syahidMu yaAllah.
Aku mohon kepada mu yaAllah,jika diri ku ini engkau kasihani,engkau campakkan sedikit kekuatan untuk ku agar aku menjadi hambaMu yang ada peranannya didunia ini dan janganlah Engkau jadikan aku hanya setakat begini yaAllah yang sentiasa mengejar keuntungan dunia.Mengejar duit sehingga tiada masa untuk memikirkan Mu.
Aku takjub dengan tarbiah yang mereka perolehi dariMu yaAllah.Dan Video ini menerangkan segalanya akan kekuasaanMu yaAllah
semoga bermanfaat.
md daud yusri fie alhutan melintangi
www.dadiydoo.com
tranungkite