mediakini2uDotblogspotDotCom - (Perkongsian berita yang kabanyakanya tidak akan keluar di TV anda)
Thursday, 8 December 2011
Sasterawan Negara Seru Lakukan 'Regime Change'
KUALA LUMPUR : Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mahu anak muda di negara ini menolak janji 'game change' yang disebut Datuk Seri Najib ketika Perhimpunan Agung Umno lalu.
Malah menurutnya, apa yang lebih penting pada waktu ini adalah 'regime change' untuk mengubah kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menyebut perlu ada 'game change'. Tapi pada saya game change itu kecil.
“Kita mahukan perubahan rejim (regime change), bukan sekadar ‘game change’," katanya ketika mengetuai himpunan lebih 200 orang membantah Rang Undang-undang (RUU) Himpunan Aman 2011 di KLCC semalam.
Seruan itu dibuat sebagai tanda kecewa dan protes terhadap tindakan kerajaan Umno BN yang telah meluluskan RUU itu pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu.
Katanya, tindakan yang cuba menghalang hak rakyat itu tidak wajar dibiarkan dan rakyat perlu membuat perubahan dengan merubah kerajaan yang ada.
“Kalau ini dibiarkan, masyarakat akan jadi masyarakat yang takut, tidak berani bagi fikiran, dan terus di bawah jajahan," katanya.
Najib dalam ucapannya di perhimpunan parti itu sebelum ini memberi peringatan kepada seluruh anggotanya agar besedia menghadapi perubahan permainan politik (game changer) jika mahu terus releven untuk PRU-13.
Peringatan itu dilihat sebagai satu kebimbangan Umno berdepan segala perubahan khususnya di kalangan anak muda yang sekarang ini boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai.
~ www.harakahdaily.net