Thursday 13 December 2012

DAP tak ganggu pas, Karpal Singh marah MPKB



Dalam Muktamar ke 58 di Putik Kota Bahru Kelantan tidak lama dahulu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berkata PAS tidak rugi.

Sebelum itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan yang juga mursyidul Am Pas Malaysia berkasta DAP tidak ganggu PAS.

Penulis boleh setuju bahawa PAS tidak rugi, kerana pada 1990 PAS menang dan memerintah semula Kelantan selepas 12 tahun jatuh ke tangan umno/BN.

Pada tahun 1999 PAS menang dan memerintah Terengganu selepas  memerintah selama  dua tahun empat bulan kerana undi tak percayaan.

Pada tahun 2008 PAS menang dan memerintah Kedah atas kerjasama dengan pakatan rakyat. Inilah untung yang dapat kita lihat.

Persoalan yang timbul apakah benar DAP tidak ganggu PAS sepertimana dinyatakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lama dahulu itu.

Penulis boleh setuju DAP tidak ganggu PAS apabila tidak setuju dengan peraturan penjualan arak di Bangsal, kerana negeri Selangor diperintah oleh Parti keadilan rakyat.

Akan tetapi bagaimana pula penentangan Karpal Singh terhadap peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu.

Adakah tindakan Karpal Singh terhadap peraturan tersebut bukan bererti DAP ganggu PAS, kerana MPKB bukan PAS dan Karpal bukan DAP.

Hari ini pertauran tersebut sudah ditangguhkan serta merta sepertimana dinyatakan oleh Datuk Takiyuddin (sinar harian) dengan alasan DAP tidak akan menggangu pentadbiran kerajaan Kelantan."


tranungkite