
Umno-BN semakin memperlihatkan politik yang sangat tidak matang, tertutup, malah semudahnya membeli rakyat dengan politik wang. Membicarakan isu ini, wakil Harakah/Harakahdaily, ZULKIFLI SULONG, WAN NORDIN WAN YAACOB dan NAZRI ABDULLAH menemui bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya di The Mines WaterFront pada 3 Januari lalu.
Ikuti sedutan wawancara eksklusif bersama veteran Umno yang juga Timbalan Presiden Amanah, sebuah NGO baharu.
WARTAWAN: Sejak Tan Sri terbabit dengan Amanah, Tan Sri banyak buat kenya taan bertentangan de ngan Umno-BN. Mungkin orang akan tanya zaman Tan Sri jadi menteri, me ngapa tak bising masa itu?
ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR: Ialah zaman itu, tak nampak alternatif pun, PAS kot sana, DAP kot sini (tidak sehaluan), tidak ada alternatif kepada BN. Rakyat masa itu tak berapa cerdik, sebab rakyat yang berpelajaran tidak ramai.
Sekarang ini sebaliknya rakyat ramai yang cerdik pandai, tahu membezakan mana yang baik mana yang tidak. Jadi keadaan dah berlainan. Saya rasa kalau nak ada pilihan raya adil dan saksama, jabatan-jabatan kerajaan, separa kerajaan, polis, tentera dan sebagainya termasuk Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) ini ha rus berkecuali dan dibebaskan dan menjadi neutral (tidak memihak). Ini akan menjadikan berjuta rakyat boleh menilai secara bebas dan adil, boleh ke mana-mana sahaja tanpa gangguan.
Tidak adillah kita guna kan pegawai kerajaan, se bab dalam sistem demokrasi, pegawai kerajaan harus neutral dalam pilihan ra ya. Selepas pilihan raya mereka harus patuh kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Laksanakan dasardasar yang dipilih oleh rakyat, ini fundamental dalam demokrasi.
Bayangkan jika ini berjalan dengan baik, tiada jabatan kerajaan duk berjalan berkempen dan tabur duit merata-rata (kempen bagi pihak Umno-BN), keadaan akan damai dan tenang.
Apa yang sebabkan jabatan kerajaan khasnya penerangan, Kemas dan sebagainya ini digunakan Umno-BN sejak dahulu la gi ketika musim pilihan raya?
Ini menjadi amalan, tetapi sekarang ini dah ada PSC untuk memperbetulkan keadaan yang sememangnya tidak berjalan dengan betul sejak dahulu.
Cerita di mana-mana sekalipun pun jika ada satu pe merhati bebas, ini (penggunaan jentera kerajaan) di lihat tidak betul. Rakyat tahu ini tidak betul.
Di kampung ketika pilihan raya berlangsung, merata pegawai kerajaan pergi kem pen, ehh rakyat yang ber pandangan sebelah sana (bukan menyokong kerajaan Umno-BN) akan ber pandangan lain sebab mereka (pegawai kerajaan) gunakan duit aku (rakyat) tetapi mai (datang) tabur (wang) di sini untuk kempen sebelah pihak sahaja.
Ketiganya memang benda yang buruk, saya sendiri pernah diberikan selonggok wang yang banyak untuk suruh saya edarkan (semasa kempen pilihan raya), ini pembelian undi besarbesaran. Masa dua tiga ha ri sebelum pilihan raya, bawa duit ini untuk dibom, istilahnya dibom, ini saya tidak terima sejak dahulu lagi. Saya tidak setuju dengan cara ini.
Berapa banyak wang itu Tan Sri?
Banyak juta-juta, mereka berikan kepada rakyat ada yang RM500, ada yang RM1,000 diedar dan undilah. Banyak wang ini orang bo leh kelabu mata. Ini pembelian undi secara besarbesaran sewaktu pilihan ra ya, ini cara yang sangat tidak betul. Tidak boleh buat huduh sangat dah. Ini benda macam ini jika kerajaan sendiri hentikan, orang akan hormati kerajaan.
Orang tanya kenapa saya cakap macam ini, ini akan merugikan Umno, ehhhhh.. saya nak bagi tahu kadangkadang jika kita buat secara ikhlas, dia akan untung. Rakyat suka orang yang adil.
Ini tiga benda yang penting, pertamanya akses kepada media, nombor dua hentikan penggunaan jabatan kerajaan dan berkaitan, dan ketiganya jangan edar duit.
Tiga pokok ini jika diberikan perhatian ini baik.
Bagaimana Tan Sri melihat dalam isu Bumiputera, ramai yang menyatakan soal Bumiputera ini, tohmahan kononnya bukan Melayu membantah hak Bumiputera, apa sebenarnya yang berlaku?
Isu berlaku ialah isu hak Bumiputera, sejak zaman Tunku dan Tun Razak lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dirangka membantu Bumiputera yang miskin.
Tetapi sekarang ini bila bercakap soal Bumiputera ada yang membantah, jadi apa pandangan Tan Sri dan Amanah dalam hal ini? Mengapa ia berlaku?
Saya rasa, Amanah ini di pandu Amanah Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Tunku kata jika kita nak bahagia dan negara nak aman, kita kena ikhlas antara satu sama lain, Melayu, Cina, India dan lain-lain kena hidup saling bertoleransi dan menolong antara satu sama lain. Kita kena jaga perbuatan dan kata-kata jangan sakiti hati orang.
Yang keduanya, Tunku Abdul Rahman pernah kata, jika kita hidup dalam sebagai sebuah satu keluarga, kita kena tolong-menolong antara satu sama lain, tidak kira Melayu, Cina dan India atau sebagainya. Jika ada yang kaya, tolong yang miskin, yang maju to long yang mundur, tak pa yah sebut Bumiputera, se mangat Natural Justice, di mana-mana kita kena rapatkan jurang kekayaan dan miskin, yang miskin kita kena bantu.
Saya ini antara yang memperjuangkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) pada tahun 1970 lepas Mei 1969, di bawah Dato’ Harun Idris. Memanglah di waktu itu orang Mela yu Bumiputera memang mun dur sangat. Yang lain maju.
Kerajaan tiada dasar rapatkan jurang ini, masa ber laku 13 Mei 1969, lepas itu kita buat dasar DEB untuk rapatkan jurang ini.
Ehhhh Cina tidak marah dasar ini, Cina tak pernah marah jika kerajaan mahu tolong Bumiputera ini sebab mereka tahu Melayu ini pada ketika itu harus dibantu sebab mundur. Walhal waktu itu selepas DEB, kerajaan adakan dasar 30 pe ratus pinjaman bank harus diberikan kepada usahawan Bumiputera kecil.
Bank pada waktu itu banyak kepunyaan Cina dan pe gawai bank kebanyakan Cina waktu itu. Kita (Melayu) pergi ke bank, dan pegawai Cina bantu kita termasuk tuliskan kertas kerja untuk kita waktu itu. Ini ke rana mereka ikhlas tahu dasar ini baik.
Pada pandangan saya, DAP atau MCA ini tidak pernah bantah dan derhaka tentang hal ini. Kita sendiri yang salah, Perdana Menteri, Timbalan dan Menteri Kewangan, semua Menteri Besar dan kebanyakan exco semua orang kita (Melayu).
Tiap-tiap bank dan jabatan ada bahagian unit Bu miputera. Semua ini sekarang ini sudah tiada, unit penyertaan Bumiputera di ja batan kerajaan dan GLC semuanya sudah tiada.
Siapa yang mansuhkan? Ehhh bukan DAP atau MCA, bukan Cina suruh..ini kita (Umno-BN) sendiri yang man suhkan. Saya sepanjang masa saya bangkang ben da ini sebab saya memperjuangkan bersama Dato’ Harun Idris masa la lu. Siapa yang hilangkan ini?
Cina yang marah ini sebab kita gunakan dasar DEB ini untuk mengkayakan segolongan kecil (kroni) Bumiputera sahaja. Jika nak bantu rakyat ramai ini, Cina tiada masalah sebab mereka juga akan dapat untung. Ini kesilapan yang besar.
Tan Sri ingat tak pada zaman bila benda ini mula berlaku?
Hilang itu sebab datang entah orang bijak pandai daripada mana entah tidak saya tahu datang yakinkan pimpinan kita untuk menolong Bumiputera cara yang lain.
Kena buat beberapa Bumiputera yang konglomerat gergasi dan mereka ini payung membangunkan Bu miputera yang miskin. Ja di masa itu kita buatlah konglomerat yang gergasi yang kaya, Renung dan sebagainya.
Tetapi apa yang terjadi, syarikat gergasi ini tidak men jadi payung pun, mereka ini kenyang sendiri, me reka payung diri mereka sahaja. Ini kita (Umno) buat sendiri.
Lepas 50 tahun jarak semakin jauh, selepas ada DEB, semua orang Cina tanya mengapa gaps (jurang) ini jauh lebih besar. Sasaran tidak capai, lagi buruk... Cina persoalkan kita mengapa kita gagal walhal kuasa semua di tangan kita.
Maaflah cerita ini sungguh sedih, jangan salahkan DAP dan orang Cina sebab yang tidak betul ini kitalah (Umno).
Mengenai isu DAP, DAP hingga kini menjadi scapegoat, DAP disalah kan menjadi punca ma salah dalam Pakatan Rakyat dan dimomokkan kononnya begitu? Apa pan dangan Tan Sri?
Ini semua tidak betul..tidak betul..kawasan majoriti Cina dalam negara ini hanya sekitar 40 peratus sahaja daripada 222 kerusi Parlimen, majoriti Cina 40 kerusi sahaja, ini hanya sekitar 20 peratus sahaja dan majoriti Bumiputera 80 peratus, India lagilah tidak ada.
Macam mana mere ka (DAP) nak berkuasa, percayalah kepada saya, tidak ada mereka ini mahu berkuasa.
Sesiapa sahaja yang men jadi kerajaan sa ma ada BN atau Pakatan Rakyat dalam negara ini tunjangnya tetap Melayu dan Islam, jika BN pun Melayu dan Islam dan jika Pakatan Rakyat menang pun tunjangnya ialah Melayu dan Islam.
Melayu dan Islam mana nak menderhaka kepada aga ma dan bangsanya. Cina pun tahu mereka tidak akan desak bukan-bukan. Soalnya masalah yang banyak ini kita kena betulkan diri sendiri.
Detikdaily