Sunday 13 May 2012

Alangkah besarnya kemaluan UMNO/APCO Baru!!













 "Salah satu daripada ciri-ciri utama UMNO/APCO Baru ialah menipu. Organisasi itu haram disebut UMNO kalau tidak menipu. Mengapa mereka menipu? Mereka ialah gerombolan Umat Melayu No Otak (UMNO). Kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil ialah 100,000 orang. UMNO/APCO Baru kata lebih daripada 100,000 orang yang hadir.

Terang-terang mereka sudah menipu. Kalau kita lihat gambar-gambar yang dimuatturunkan dalam pelbagai blog, termasuk blog proUMNO sendiri, kita akan dapati terdapat terlalu banyak bahagian yang kosong. Oleh sebab itu, amat tidak masuk akal kalau UMNO/APCO Baru kata lebih daripada 100,000 ahlinya hadir dalam perhimpunan itu.

Amat besar kemaluan para pemimpin UMNO/APCO Baru apabila mereka telah mewarwarkan program ini berhari-hari dan berminggu-minggu di pelbagai media tetapi yang hadir setelah diangkut tak sampai pun 80,000 orang. Ini menunjukkan bahawa ahli-ahli UMNO/APCO sendiri telah menjauhkan diri daripada pemimpin mereka. Sikap memprotes secara senyap inilah yang akan mendatang bahaya kepada UMNO/APCO Baru dalam PRU Ke-13 nanti. Tidak mengapalah kerana kewujudan fenomena itu akan menguntungkan Pakatan Rakyat.

Jika benar 100,000 kehadiran sekalipun, tidaklah sebesar mana kehebatannya. Yang hadir hanyalah Melayu bodoh yang busuk hingga ke usus seperti yang dikatakan oleh Dr. Mahathir. Jumlah (Melayu yang telah dikembirikan, disihirkan, dan dinasiktangaskan oleh UMNO/APCO Baru) itu hanya satu pertiga daripada jumlah 300,000 kehadiran BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu. Harus diingat bahawa jumlah sebesar 300,000 itu bukan sahaja terdiri daripada Melayu, Cina, India, dan lain-lain malahan juga terdiri daripada segenap lapisan masyarakat, tua muda, lelaki perempuan, golongan profesional, golongan pertengahan, dan kaum marhaen. Ini melambangkan perpaduan tulen rakyat Malaysia, bukannya perkauman sempit dalam UMNO/APCO Baru. Para pemimpin UMNO/APCO Baru semakin tertekan dan kecewa melihat statistik kehadiran itu. 100,000 daripada 3 juta ahli UMNO/APCO Baru seperti yang mereka dakwa hanyalah lebih sedikit daripada 2% . Perhimpunan tersebut ternyata gagal mencapai matlamat seperti yang digembar-gemburkan oleh Najib. Cakap besarnya yang berdegar-degar kosong belaka. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik.

Seperkara lagi yang melucukan ialah parti perkauman bercorak kebangsaan yang berpegang kepada sekularisme ini menyanjung tinggi sesuatu yang sudah mati. Mereka ambil umur benda yang sudah mati sebagai usia mereka. UMNO LAMA sudah diharamkan oleh Mahkamah Agong Malaysia pada 4 Februari 1988 (sama hari dan bulan kelahiranku). UMNO Baru hanya didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 13 Februari 1988. Jika mereka masih berdegil untuk mengatakan umur mereka 66 tahun, maka mereka sebenarnya telah menyertai dan mengiktiraf pertubuhan yang telah diharamkan. Apakah kriteria yang dipakai untuk membolehkan pertubuhan haram ini berhimpun di Bukit Jalil? Mengapa mereka diberi layanan istimewa sedangkan perhimpunan BERSIH 3.0 difatwakan haram? Undang-undang Malaysia telah dijungkirbalikkan oleh UMNO/APCO Baru.

Jika anda meneliti ucapan Presiden UMNO/APCO Baru (yang telah mengharamjadahkan peneroka FELDA tak sehaluan dengannya) dalam perhimpunan itu, nyatalah bahawa pendokong parti ini tidak habis-habis mengungkit segala yang mereka telah laksanakan sambil menyifatkannya sebagai jasa yang ditabur. Sehubungan itu, mereka mau rakyat kenang jasa dan terus menyokong mereka.

Pada hakikatnya, rakyat pada era 60-an dan 70-an sahaja yang dapat diperbodohkan dengan dakwaan itu. Jelaslah di sini bahawa UMNO/APCO Baru berpura-pura tidak memahami erti kewajipan/tanggungjawab pemerintah dengan jasa/sumbangan. Menurut Immanuel Kant dalam bukunya Groundwork of the Metaphysic of Morals dan Lectures on Ethics, prinsip kemoralan yang berasaskan Teori Prinsip Kewajipan merujuk kepada kewajipan. Seseorang dikira bermoral jika melaksanakan sesuatu atas dasar kewajipan yang ditetapkan. Melakukan perbuatan baik atas dasar sifat semula jadi dan kecenderungan belum tentu dianggap bermoral. Oleh sebab itu, melakukan kebaikan untuk kepentingan diri dianggap tidak bermoral menurut teori ini.

Kecenderungan kepada pemeliharaan kepentingan diri sebenarnya menjadi pegangan pengamal Teori Egoisme yang diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietzsche. Antara karya-karyanya ialah Ecce Homo dan Der Antichrist. Menurutnya, golongan ini berbuat sesuatu kerana ada kepentingan. Kepentingan itu ialah kuasa. Untuk itu, mereka kesampingkan belas kasihan, kasih sayang, dan sebagainya yang diajar oleh agama. Mengapa demikian? Bagi mereka kekuasaan itu kenikmatan. Inilah yang sedang dilakukan oleh para pemimpin UMNO/APCO Baru. Bagi kepada kroni RM250 juta. Bagi kepada rakyat RM100 sahaja. Bagi kepada kroni RM598 juta. Bagi kepada rakyat RM500 sahaja. MAS lepas rugi, rugi. Lepas rugi, rugi lagi.

Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa UMNO/APCO Baru tidak ikhlas. Mereka semuanya hipokrit dan tidak bermoral. Apa-apa juga yang mereka kerjakan pasti mau dibalas. Ke mana maruah mereka sebagai pemerintah apabila kewajipan/tanggungjawab dianggap sebagai jasa yang perlu dibalas? Rakyat sudah muak dengan repekan ini. Mereka tidak sabar-sabar menunggu pembubaran Parlimen untuk merentap UMNO/APCO Baru-BN dari singgahsana kuasa. Dengan pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala, UMNO/APCO Baru-BN akan berkubur. Aamiin!!!!


Tranungkite