"Memang pergolakkan di Timur Tengah ( Palestin ) mengheret kita sekali ( umat Islam ) . Namun begitu peranan kita dalam kancah pergolakkan di Timur Tengah hanya dari sudut sentimen dan sokongan berupa kata-kata (sokongan moral ) saja. Kita tidak ikut sama dalam kebangkitan intifada. Jauh sekali terlibat membina terowong bawah tanah . Tak pernah pun angkat senjata bersama rakyat Palestin. Tak ada seorang pun yang sanggup berkorban seperti Laila Khalid , serikandi Palestin.
Kita hanya melaungkan kata-kata..kita turut sama merasai penderitaan rakyat Palestin. Lepas berdemonstrasi dan sebagainya kita semua balik kerumah masing-masing dan dapat tidur nyenyak. Apakah ini yang dikatakan turut sama merasai penderitaan rakyat Palestin ? Kita lebih kepada retorik saja. Bulan-bulan tertentu diadakan hari memperingati perjuangan rakyat Palestin. Pengisiannya ceramah...pameran....kutipan sumbangan......dan mungkin bakar bendera Israel. Apakah retorik-retorik ini mengentarkan Yahudi ? Tentu sekali tidak. Malah sejengkal pun mereka tidak berundur.
memboikot produk yang ada kaitan dengan yahudi pun dibuat hangat-hangat tahi ayam. Apakah kita sudah lupa (atau kita sebenarnya telah memaafkan) seruan memboikot McDonald dan KFC satu yang dikatakan dimiliki oleh yahudi ? Pemboikotan itu hanya berjalan untuk satu dua bulan saja. Hari ini lebih ramai orang melayu dari bangsa lain yang melakukan KFC dan McDonald.
Isu Palestin samalah juga dengan kes terpisahnya singapura dari Malaysia. Cuma Singapura pihak kita lepaskan secara rela, sebaliknya palestin dirampas secara ketenteraan.
Apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu Palestin ? Bolehkah rakyat Palestin selesaikan isu ini melalui ketenteraan ? Bagi yang mahu kesengsaraan berterusan ditanggung oleh rakyat palestin tentu sekali berkeras mahu cara ini. Alasan yang akan tak boleh dihujah yang akan digunakan ialah...DENGAN IZIN ALLAH RAKYAT PALESTIN AKAN MENANG. Mereka lupa kepada kekuatan dan kemampuan yang dimliki oleh kedua belah pihak. Memang benar kehendak ALLAH segalanya boleh berlaku. Bukankah ALLAH berfirman..kalau kami (ALLAH) mahu , kami (ALLAH) boleh jadikan semua manusia dimuka bumi ini menjadi orang-orang beriman. Tetapi ALLAH mahu manusia itu sendiri berusaha untuk menjadi orang-orang beriman.
Begitu juga dengan kes boleh atau tidak ( berperang ). Tidk dinafikan memang kit benci teramat sangat kepada Isreal. Kekejam dan keganasan nya tidak dapat disembunyikan.
Sebagai orang Islam memang kita simpati dengan nasib rakyat Palestin. Sekali lagi saya katakan simpati saja tidak akan meringankan apatah lagi menyelesaikan konflik ini. Yang jelas negara isreal sudah tertubuh. Diakui oleh masyarakt dunia dan diperakui oleh PBB.
Bolehkah rakyat Palestin menghalau keluar orang isreal dari negara yang wujudkan itu ? Dalam kedaan senjata mereka tidak selengkap 40 tahun yang lalu pun orang2 Arab khususnya rakyat Palestin tidak mampu menghalau mereka , apakah hari ini dimana kelengkapan mereka berkali-kali ganda lebih daripada 40 tahun dulu , rakyat Palestin mampu mengalahkan mereka. Sedangkan rakyat Palestin masih menggunakan lastik berpelurukan batu.
Kesangsaraan rakyat Palestin perlu ditamatkan. Tapi bagaimana ? Yang lebih berhak menentukan nasib serta masa depan rakyat Palestin adalah mereka sendiri. Negara-negara sebangsa Arab pun nampaknya sudah hilang kesungguhan untuk berkonfrantasi dengan isreal.
Seperti yang saya katakan , yang layak menentukan masa depan rakyat Palestin adalah mereka sendiri. Oleh kerana itu HAMAS kumpulan yang selama ini bertempur dengan tentera israel akhirnya mengambil pendekatan mengakui kewujudan negara israel. Ini tidak disiarkan oleh akhbar2 umno kerana mereka sedang berusaha mengeksplotasikan kenyataan Anwar dalam isu negara yahudi.
Kalau dah pejuang Palestin sendiri (yakni) HAMAS mengambil pendirian mengakui hak negara israel, lalu apakah hak kita mempertikaikan dan mempersoalkan pendirian mereka itu ? Pengiktirafan hanya diberi sekiranya hak-hak rakyat Palestin seperti menubuhkan negara sendiri dipenuhi.
Akhirkata ,kita memang bencikan israel , tetapi dalam masa yang sama apakah ada solusi yang benar2 mendatang hasil ( dapat tubuh negara Palestin) selain daripada berunding dan berdamai.
Kalau kita kata rakyat Palestin hendaklah terus berjuang , yang mati kena tembak kena bom bukan orang islam di Malaysia. Kita bertegas supaya rakyat Palestin terus perjuang bersenjata, rumah-rumah yang musnah bukannya rumah di Kedah , bukannya rumah diPutrajaya dan bukannya rumah-rumah di Kelantan ( kubu PAS). Yang meratapi kemusnahan itu semua adalah rakyat Palestin sendiri. Kita disini hanyalah terjerit-jerit memaki hamun bendara , membakar patung yahudi dan menggesa pemboikotan produk yahudi ( itu pun acuh tak acuh , hangat-hangat tahi ayam).
Oleh itu janganlah kita , seperti kata bidalan Lebih Sudu Dari Kuahnya. Janganlah kita sama feel macam madey yang ligat kepala tuanya mengambil peluang mengeksplotasikan keadaan kerana berhadapan dengan lawan politiknya.
HAMAS lebih tahu arahnya daripada kita disini
tranungkite