Thursday, 16 February 2012

Ijazah Kedoktoran Untuk Apa?



"Ijazah kedoktoran, terutama PhD ialah satu "learning curve" untuk lesen yang menunjukkan kemampuan berkerja dengan idea sendiri untuk melakukan penyelidikan. Ia bukan untuk dibangga bangga dan dimegah megah. Malang sekali, mutakhir ini PhD menjadi bahan yang diminati di Malaysia kerana ia membawa "title" Doktor(Dr) dengan status tersendiri.



Gejala ini menyerang di peringkat kakitangan kerajaan yang tidak terlibat dengan penyelidikan hinggalah ke peringkat ahli politik, artis pun mengalami gejala ini juga, bahkan ustaz yang tidak melakukan penyelidikan dalam kerjayanya juga dijangkiti penyakit PhD ini. Lainlah kalau Dr ini terlibat dengan penyelidikan atau pendidikan di peringkat pengajian tinggi.

Dalam sektor kerajaan, penyakit ini amat ketara kerana pegawai yang terlibat dengan sektor pentadbiran berebut-rebut untuk mendapat biasiswa pengajian dalam bidang kedoktoran. Mereka dari kumpulan ini terdiri dari D.O di pejabat tanah hinggalah konsular di kedutaan malaysia di luar negara.

Calon UMNO yang menentang DSAI di Permatang Pauh dulu bukankah menipu rakyat di situ mengatakan beliau sedang mengaji untuk ijazah kedoktoran PhD di luar negara. Anak orang kuat UMNO yang menjaga PWTC itu juga menipu PhD kepada seluruh rakyat Malaysia. Inilah antara peristiwa-peristiwa yang sepatutnya menjadi renungan dan bahan muhasabah diri sendiri untuk seluruh rakyat malaysia yang perihatin.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah kalau Rosmah pun bangga bila di beri Ijazah Kedoktoran oleh Universiti Curtin itu. Dia perlu itu semua untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia kerana katanya Ijazah itu diberi di atas jasanya dalam pendidikan untuk program permata negara.

Jasa Rosmah dan suaminya dalam program pendidikan negara bukan cerita baru. Jasanya sudah mengapai hingga ke London.  Kita perlu ingat jasa suami Rosmah masa menteri pelajaran dulu. Antaranya memberikan biasiswa istimewa kepada seorang anak peranakan lelaki Pakistan (Pakistan British) dengan perempuan Melayu yang menetap di England. Pada masa itu, katanya anak Paki-Melayu ini sangat pandai. Lalu liputan dan hebahan meluas di beri sedemikian rupa. Akhirnya projek itu terbengkalai sehingga kubur program berkenaan gagal di kesan hingga sekarang. Perlu pembangkang soal di parlimen sekarang mengenai projek mega suami Rosmah itu. Padahal ramai lagi rakyat di dalam negara yang memerlukan sokongan.

Kalaulah betul bagai di kata, Rosmah di beri Ijazah kedoktoran kerana Curtin melabor di Sarawak, maka Ijazah itu merupakan segulung rasuah yang memalukan perdana menteri dan seluruh rakyat malaysia.

muramatsu
tranungkite