Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said (Ahmad Zoo) melebelkan PAS sebuah parti ajaran sesat. Terimakaseh Ahmad Said, anda telah memberi satu jawapan yang betul kepada PAS. Anda seorang ketua kerajaan dibawah kuasa UMNO yang korup, jahat, penipu dan perompak tegar.
Jika Ahmad Said benar dan jujur, PAS sebagai parti ajaran sesat, ayuh SEGERAKAN TINDAKKAN SUSULAN AGAR AJARAN SESAT DARI PAS TIDAK MENULAR SELURUH PELUSUK TANAH AIR.
Kedua, Ahmad Said perlu membuat laporan secara rasmi kepada Jabatan Ugama Islam Terenggnu menyiasat dan mengambil tindakkan dan bicara di mahkamah Syariah Terengganu agar dapat menyekat pengaruh ajaran sesat PAS.
Ketiga, Wahai mufti Terengganu keluarlah kenyataan rasmi apa yang dikatakan oleh Ahmad Said dan betulkah PAS ajaran sesat?. Mufti Terengganu jangan syok duduk dikerusi empuk dan ambil gaji ribuan setiap bulan. Jangankan umat Islam menjadi sesat dan berada dalam jamaah sesat yangdidakwa oleh Ahmad Siad.
Kempat: Kami menyeru kepada semua mufti di Malaysia seramai 14 orang mencari satu formula untuk menyekat dan jamaah PAS agar tidak sesat. Dan membuat kenyataan rasmi jika benar PAS ajaran sesat. Takkan Mufti je nak masuk syurga kok?. Jika benar PAS ajaran sesat, Mufti Mufti lagi sesat kerana tidak bercakap benar dan membirakan ajaran sesat bergerak subur.
Kelima. Kepada menteri yang jaga ugama atau JAKIM dan Si Jamil Khir dan Masitah termasuk majlis raja raja termasuk majlis fatwa kebangsaan Malaysia agar bertindak segera atas kenyataan Ahmad Said Pas sebagai ajaran sesat. Jika benar kenyataan Ahmad Said ada asa yang kuat segerakan bertindak dan mengeluarkan fatwa tentang jamaah PAS.
Yang aku tahu UMNO tidak sesat namun gerak dan cara politiknya macam yahudi.. UMNO dan pemimpinnya ada yang jadi pembunuh, ada yang makan duit zakat, ada yang penipu, ada yang jual ugama untuk rais undi, ada pemimpin yang rasuah, ada pemimpin umno yang salah guna kuasa mahkamah, polis, SPR, SPRM untuk kekal berkuasa. UMNOpenyokong kuat negara Israel. Dan banyak lagi pemimpin UMNO dan dasar juangnya sama dengan Yahudi.
Siapa yang lebih sesat wahai Ahmad Said?. Najib sebagai PM hadir bersama pada hari Thaipusan yang pernah ditegur oleh Mufti Perak sebagai mengadai akidah. Jadi Ahamd Said lebih alim dari Najib Razak?. Aku rasa UMNO lagi sesat dan lagi jahat politik dan caranya terutama kepada bangsa Melayu.
tranungkite