Tuesday, 10 January 2012

Muslimat PAS Perlu Muhasabah



"Sejak kebelakangan ini banyak perubahan yang berlaku di dalam PAS. Boleh dikatakan banyak yang positif lagi bermanfaat berbanding yang negatif. Cuma kali ini penulis ingin menyentuh perubahan negatif yang wajib ditegur. Selaku anak jati PAS, penulis berasa amat tersinggung dengan apa yang berlaku terhadap muslimat-muslimat PAS.


Video yang dimuat naik memaparkan muslimat-muslimat PAS bersorak menyanyi dengan lirik yang tidak manis apabila DSAI diumumkan tidak bersalah. Sehingga bersorak riang menyanyikan "mampus UMNO dll". Belum lagi dibahaskan perbuatan terkinja-kinja bersalam dengan abang polis. Dari sudut feqh bagaimana? Dari sudut reputasi akhlak sebagai pendakwah bagaimana? Dari sudut millage politik bagaimana? Pening juga Aiman Athirah Al-Jundi nak jawab tu.Ya Aiman, anda antara yang terlibat!

Tidak pasti salah siapa dan apa punca sebenar yang mencemarkan imej muslimat kita. Yang pasti muslimat perlu dengar muhasabah ini. Saya pun benci UMNO juga, tapi coverlah sikit perangai tu supaya kredibiliti kita sebagai pendakwah tidak tercalar. Selepas ini jangan salahkan orang jika orang memperlekeh perjuangan Islam kita. Itu semua berpunca dari korupnya etika dan akhlak kita berda'wah.

Mungkin mursyidul am mereka DSAI kot, seronok sakan DSAI bebas sampai lupa batasan agama sendiri.

Tidak kira anda semua yang terlibat mahu berhujah bagaimana sekalipun, perlu diingatkan politik berdasarkan persepsi . Jika dahulu walaupun orang benci pada kita, orang masih hormat pada kita kerana kita masih lagi menjaga akhlak dan etika. Usah disebut pendekatan da'wah dan macam-macam lagi sekiranya anda sendiri tidak menghalusi sirah dan feqh gerakan Islam.

Melihat kepada video yang dimuat naik sejak semalam, ramai yang dislike dan memberikan komen yang negatif. Selalu je video da'wah kita didislike, tapi tidaklah seteruk ini. Itu merupakan indikator bahawa perbuatan tersebut sangat tidak setaraf dengan panggilan sebagai 'muslimat PAS'.

Ingat, kita gerakan Islam bukan parti politik yang mabuk kuasa sehingga lupa nilai2 agama yang diperjuangkan.

p/s: Saya tidak akan izinkan isteri saya selaku muslimat PAS turut serta dalam aktiviti sorakan tak bermaruah itu. Saya cukup malu dengan video makcik-makcik PAS yang tiada beza dengan wanita UMPORNO."


Tranungkite