Sunday, 22 January 2012

Kalau hendak menang kekal 8 wakil rakyat sedia ada



Pilihanraya umum ke 12 (2008) Pas Terengganu menang 8 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen. Tambah satu menang dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Bermakna PAS menang 100 peratus, kerana dalam musim pilihanraya umum ke 11 (2004) hanya menang  4 kerusi DUN saja dari 32 kerusi. Sesetengah mengatakan, Jika Pas Terengganu mahu menang dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti  8 orang wakil rakyat asal mesti dikekalkan dan 24 orang yang kalah itu mesti diganti dengan muka baru.

kena ingat juga seramai 24 itu, ada 8 orang calon terdiri daripada parti keadilan rakyat. Bermakna 16 orang calon saja yang membabit orang PAS.Apakah 8 calon PKR itu juga turut digugurkan?

Jika 24 orang semuanya diganti atau dengan kata lain dimasukkan muka baru dan bagaimana pula dengan muka baru  pada calon PAS musim pilihanraya ke 12 lalu?Adakah mereka juga dikategorikan calon  tak boleh menang.

Sebab dalam musim pilihanraya umum ke 12 PAS Terengganu telah meletakkan 60 peratus calon dari muka baru dan menang 8 kerusi DUN saja.

8 wakil rakyat yang menang dalam musim pilihanraya umum ke 12 lalu yang mahu dikekal itu ada antaranya yang nampaknya uzur dan perlu diganti, termasuk Ustaz Harun Taib DUN Manir.Apakah beliau masih boleh dikekalkan dan boleh menang?

Bagaimana pula dengan  Datuk Tengku Hassan Omar ADUN Ladang yang jadi rungutan kebanyakan pengundi, termasuk pengundi PAS sendir,i kerana tak pandai politik. Dr Syed Azman   ADUN Batu buruk juga dikatakan dalam delima.Ada sedikit kontraversi kerana tinggal di Kuala Lumpur.

Ini bukan kata penulis, tapi inilah kata kata dan harapan sesetengah orang PAS yang merungut dan  mahu lihat PAS menang semula dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kata mereka, kalau mahu menang.Persoalannya benarkah begitu. Hujah calon yang kalah dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas kebanyakannya tak layak jadi wakil rakyat.Sebab itu  rakyat tak mengundi mereka.

Lebih lebih lagi ada beberapa orang  bekas wakil rakyat yang tercalar namanya sewaktu jadi EXCO dalam kerajaan PAS dulu (2004). Penentuan kalah menang  datang daripada pengundi atas pagar bukan orang PAS semata mata.Inilah yang harus diambilkira.

Penulis cuba mencelah sikit, bagaimana pula dengan bantuan RM 500 kepada isi rumah, RM300 kepada remaja, RM 200 kepada pelajar?

Bagi penulis 50 peratus yang mendapat suapan ini akan mengundi umno dan mustahil akan mengundi PAS, kecuali ahli PAS. Orang PAS belum tentu mengundi PAS, kerana wang boleh mengubah serba serbi.


tranungkite