Thursday, 8 December 2011

Skim SBPA Lebih Fleksibel?


Buletin Utama TV3 malam tadi melaporkan dengan Skim SBPA tangga gaji minimum dan maksimum disusun semula serta skim perkhidmatan yang lebih fleksibel. Ini antara penambah-baikan skim saraan baru perkhidmatan awam, yang berkuatkuasa 1 Januari 2012.
“Sekiranya mereka memilih SBPA, mereka akan berpeluang memperoleh faedah peratusan kenaikan gaji, ini bukan penyelarasan gaji ye, ini penyusunan semula gaji. Kerana itu mereka akan dapat faedah kenaikan 7-13 peratus seperti yang diumumkan PM,” kata Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Bagi kakitangan awam, bolehlah mencongak, ambillah 10 peratus gaji sekarang dan itulah kenaikkan yang akan mereka dapat.
Kenaikan gaji tersebut merangkumi penjawat awam dari pegawai kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana. Peningkatan paling ketara gaji maksimun adalah kakitangan awam paling rendah iaitu pengawas hutan.


SBPA juga membolehkan penjawat awam menikmati wang pencen lebih baik. Umur pencen wajib SBPA pula ditetapkan pada usia 60 tahun [tentu tak seronok!!].


Fleksibel maksudnya mana-mana kakitangan awam yang meninggalkan perkhidmatan ke perkhidmatan lain, contohnya GLC dan kembali semula ke perkhidmatan awam. Perkhidmatannya di GLC dianggap bersambung dan bukannya hangus. Ini penting untuk pengiraan pencen bagi kakitangan tersebut.


Apapun kita tunggu pekeliling Skim Gaji Baru 2012 SBPA yang akan dikeluarkan


tranungkite.net