Saturday, 17 December 2011

SBPA Satu Persoalan

"Biar ana jelaskan secara terperinci kat sini, persoalannya bukan dengki kerana kumpulan atas yang menerima gaji yang lebih tinggi atau apa. BAnyak persoalan yang merungsingkan kakitangan awam dengan SBPa,,, mungkin ini perangkap atau cubaan UmnoBn untuk melembukan kakitangan awam???
1. Umur persaraan PAKSA 60 tahun, tak BOLEH pilih lagi 56 atau 58. Senang cerita la,katakan seseorang pekerja mengalami masalah kesihatan,biasa purata lelaki malaysia hanya disekitar 40an mengalami masalah kesihatan,,penilaian prestasi jatuh, 69% kebawah 3 tahun berturut, akan dibersarakan awal. . . adakah yang bersara umur sebelum 60 dapat pencen??? kan da tandatangan SBpa,, kira da langgar syarat perjanjian.. ni perkara yang terlalu di RAHSIAKAN,,, ini kerana Dato Omar Osman ini yang ditaklimatkan oleh JPA pada dia ialah Perkara DASAR bukan KHUSUS,,banyak perkara yang DIRAHSIAKAN... apakah dengan cara ini boleh menjimatkan wang kerjaan??? 

2. Penilaian Prestasi 100% kpd ketua jabatan-ini yang merungsingkan,tak semua kakitangan berprestasi rendah tu tiada produktiviti tapi kerana sesetengah ketua jabatan membuat penilaian prestasi yang salah dan berat sebelah atas sebab perbezaan haluan politik atau yang berkerja didepan mata sahaja. ketua jabatan juga boleh memanipulasi prestasi untuk kepentingan sendiri. Maka akan wujud kaki kipas dan kaki bodek yang berperanan untuk tikam org lain. Ini menimbulkan keadaan yang kurang selesa di setiap jabatan. ketua jabatan TIDAK seharusnya diberi kuasa penuh atau autoriti memecat kakitangan bawahan kerana ianya menimbulkan suasana yang stress dan kurang senang. 

3. Skim GAji yang terlalu rahsiakan menimbulkan PERSOALAN seolah2 ada sesuatu yang tidak kena?bukan mahu berperangsaka buruk,,tapi kita wajib mengetahui perihal tentang gaji hatta kalau kita mohon kerja buat longkang pun kita akan tanya berapa gaji kita. muncul sifir skim yang berlegar di internet yang dicongak2 dan dirumuskan oleh para bloger pendidikan yang menguntungkan pekerja yang baru setahun bekerja,namun merugikan pekerja yang berkerja kira-kira 2tahun keatas dengan gred yang terundur terkebelakang. Rujuk DISINI

4. Masa yang diberi untuk menandatangi juga terburu-buru iaitu 16-30 disember ,hanya 2 minggu sahaja seolah2 ada yang tidak kena,dengan mengkodkan dokumen berkaitan JADUAL SKIM gaji dan beberapa klausa yang penting sebagai RAHSIA menimbulkan kecelaruan seolah memaksa kakitangan untuk menandatangi SBpa. DISINI TIMBUL PERSOALAN,adakah ini SATU PERANGKAP?? Disini,taklimat hanya berkaitan perkara DASAR tanpa menyentuh pun secara terperinci isu2 pokok atau khusus sama ada diperingkat kementerian, jabatan mahupun pelaksana. 

5. Pada perbentangan DSNajib membawa khabar berita gembira tentang kenaikan gaji kakitangan kerajaan antaranya kenaikan gaji 7-35% disampingan kenaikan tahunan antara 80-320.. namun itu satu perangkap apabila banyak klausa yang menjadi persoalan dan seolah2 ini umpan perangkap yang sedang menunggu mangsa, 

nyatakan bantahan anda melalui perhimpunan membantah SBPa 

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM ANJURAN CUEPACS 

TAJUK : BANTAHAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 

TARIKH: 18.12.2011 (AHAD) 
MASA: 3. 00 PETANG 
TEMPAT : DEWAN CIDB, JALAN CHAN SOW LIN, CHERAS, 
KUALA LUMPUR 

SEMUA PENJAWAT AWAM DIJEMPUT HADIR