Jamil Khir dilaporkan telah memberi penerangan dakwaan tuduhan penyelewengan wang zakat. Penerangan yang tak terang, penjelasan yang tak jelas dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Jamil Khir masih berselindung dari menceritakan hal sebenar.
Beliau berkata wang yang digunakan adalah dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman dalam kes tuntutan qazaf ke atas datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
“Setiap tahun kerajaan beri bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah,” kata beliau.
Hanya itu penjelasan Khir. Tiga baris ayat. Kalau begitu Laporan Ketua Audit Negara menjadi tak betul yang mengatakan Khir menggunakan wang zakat. Mengikut laporan Audit lebih RM63, 000 wang zakat digunakan. Redzuan Mohd Said meringkuk dalam penjara kerana menyeleweng wang zakat. Menteri memberi penjelasan pun tak betul!!
Apa salahnya Jamil Khir memberi penerangan yang jelas tanpa berselindung serta tidak cepat menyalahkan pihak lain mencari salahnya serta memohon maaf seperti dipinta. Nampaknya dia mahu terus suburkan isu ini. Kalau kes Redzuan Mohd Said, Jamil Khir berkata “Soal songlap duit ia tidak kira siapa, jadi pihak majlis agama kena berhati-hati pada pelantikan golongan amil pada masa akan datang.”
Jadi Jamil Khir tak songlap, cuma seleweng wang zakat untuk beberapa bulan!! EkELEH.com"
tranungkite