Contoh perkiraan Gaji sebaris PT17
gred 17,22,26 akan disepadukan
gaji minimun 17 = RM820.38
gaji maksimun 26 = RM3266.95
dalam SBPA mata gaji untuk gred 17,22,26 akan di buat dalam satu baris.
T1 = RM820.38
T2 = RM940.29
T3 = RM1060.20
Ini bererti kumpulan di atas akan mempunyai satu skim gaji yang lebih tinggi berbanding skim lama di mana mata gaji menjadi lebih banyak dan diberi dalam satu tempoh yang lebih lama.
kenaikan tahunan
T1-T17(RM120),T18-T22(RM160)T22-T30(RM220)
jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320
Satu lagi, saya rasa skim baharu ini tidak diwajibkan untuk kakitangan awam. Ini bermakna kakitangan awam boleh memilih sama ada menggunakan SBPA atau pun skim gaji lama iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan petikan ucapan Bajet 2012 yang dibaca oleh Perdana Menteri kita iaitu
Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.Satu persoalan yang bermain-main di kepala saya kini ialah adakah dengan menerima skim baharu ini, penjawat awam akan dibolehkan untuk dikenakan tindakan pemberhentian tugas yang lebih tegas berbanding di bawah skim yang lama sekiranya menunjukkan prestasi yang buruk semasa dalam perkhidmatan? Dan adakah mereka dibenarkan untuk pencen dalam usia yang muda seperti yang terkandung dalam teks yang sama
SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:Apa yang dimaksudkan dengan Dasar Pemisah? Bagaimana perlaksanaannya dan sejauh mana ianya radikal? Saya rasa kesemua intipati berkaitan dasar dan skim baharu ini terlalu kabur untuk dinilai oleh kakitangan awam, sehinggakan ia menimbulkan banyak persepsi yang kurang sedap untuk didengar. Satu-satunya intipati yang mudah difahami mengenai pengumuman Bajet kali ini hanyalah yang berkaitan dengan Cikgu seperti yang terkandung dalam fokus keempat bajet 2012.
Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
mamamurai.com