Betul juga kata sesetengah kalau duduk dalam PAS tak boleh buat apa apa, ada lebih baik masuk umno.
Sudah lama saya hendak tulis isu ini. Nampaknya baru sekarang ini ada sedikit ruang yang boleh saya tulis dan harus difikir fikirkan.
Fikir punya fikir memang ada lebih baik Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa duduk dalam umno jika duduk dalam PAS tak boleh buat apa apa.
Bukan setakat tak boleh buat apa apa malahan ada sesetengah pucuk kepimpinan tak senang dengan pakar motivasi yang kurang cerdik itu.
Mengapa saya kata demikian. Sebab beliau duduk layan pertanyaan orang media massa yang duduk cari jalan untuk melaga laga pucuk pimpinan PAS pusat dan negeri sejak sekian lama.
Umno bukan saja mahukan PAS hancur, malahan zaman Tun Mahathir jadi perdana menteri ada percubaan stratigek untuk mengharamkan parti PAS dari bumi Malaysia ini.
Pada saya boleh sesiapa saja nak masuk umno, kerana PAS dah kerjasama dengan orang kafir (DAP) lainlah dulu, PAS mengharamkan kerajsama dengan orang kafir.
Kalau dah boleh bekerjasama dengan orang kafir, maka tiada sebarang halangan bagi sesiapa yang mahu masuk umno ke DAP ke.
Jika benar Dr Hassan nak masuk umno silakan. Malahan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sendiri yang bercakap secara terus terang "pergilah".
Ini menunjukkan mana mana tokoh dalam PAS tiada masalah apa pun untuk masuk mana mana parti hatta masuk umno sekalipun.
Bagi Dr Hassan Ali duduk dalam PAS pun tak buat apa apa spertimana yang pernah beliau mahu agar tiada penjualan arak di kawasan ramai penduduk melayu di Bangsal suatu masa dulu itu gagal.
Apa guna jadi EXCO dan tiada gunanya duduk dalam PAS jika cadangan wajib mencari halal dan tolak yang haram tidak mendapat pertimbangan pihak kerajaan Pakatan Rakyat.
Bukan tidak mendapat pertimbangan pihak yang berwajib, malahan mendapat tentang hebat dari parti DAP yang dikatakan sudah pasrah dengan islam yang diperjuangkan PAS itu.