Wednesday, 7 December 2011

Borang Bantuan RM500. Hati-hati Semua. Jangan Sampai Ditipu!!

borang bantuan rm500 2 Borang Bantuan RM500. Hati hati Semua. Jangan Sampai Ditipu!! 
borang bantuan rm500 2 Borang Bantuan RM500. Hati hati Semua. Jangan Sampai Ditipu!!

Pada asalnya, kerajaan bercadang memberikan borang bantuan RM500 pada 1 Disember 2011, tetapi ditunda di saat-saat akhir dan kerajaan menukarkan tarikh pengagihan borang bantuan khas RM500 tersebut kepada satu tarikh yang baru iaitu pada 10 Disember 2011 ini, bersamaan hari Khamis ini. Apa jadi selepas itu?


Ada antara daripada kami pada 1 Disember 2011 singgah di sebelah tengahari ke LHDN, terserempak dengan mak cik & pak cik yang datang jauh dari kampung dan ada di antara mereka yang datang hanya dengan menaiki bas membawa borang bantuan RM500 sedangkan LHDN belum mengeluarkan lagi borang bantuan RM500 tersebut.
Mana Mereka Dapat Borang Bantuan RM500 Tersebut?

Selepas bertanyakan kepada pak cik & mak cik tersebut, mereka dikatakan telah membeli pada kadar harga RM2. Pandai betul orang menipu sekarang, sehinggakan borang bantuan RM500 yang boleh dapat percuma pada hari Khamis ini pun mereka nak jual.


borang bantuan rm500 Borang Bantuan RM500. Hati hati Semua. Jangan Sampai Ditipu!!

borang bantuan rm500 3 Borang Bantuan RM500. Hati hati Semua. Jangan Sampai Ditipu!!
Borang bantuan RM500 secara online boleh didapati dan memuatturun di laman LHDN hari Khamis ini. Anda nak print seberapa banyak pun tiada masalahnya. Dan pegawai LHDN ada mengatakan, sesiapa yang nak mohon sekalipun tiada masalahnya. Cumanya…..lulus atau gagal, itu perkara lain.  Jadi nasihat kami, semasa anda ambil borang bantuan RM500 di LHDN nanti, tanyalah pegawai LHDN sehingga anda benar-benar faham dan jelas.



 Antara mekanisme yang akan digunakan berdasarkan borang bantuan RM500 yang anda kemukakan kepada LHDN?

 LHDN akan semak tanggungan & aset yang anda miliki Berdasarkan perolehan IC anda, LHDN akan mula menyemak & menyiasat dengan pelbagai agensi & jabatan termasuklah bank, EPF, SOCSO supaya kalangan benar-benar memerlukan sahaja yang layak dapat, selagi tertakluk pada syarat permohonan bantuan RM500 ini

Yang penting, warganegara (ini yang penting) Kemudiannya pendapatan isi rumah mestilah di bawah RM3,000. Bak kata pegawai LHDN hatta gaji RM3,001 pun tak dapat Borang Bantuan RM500 :

Isi Rumah Yang Layak Memohon ?
  •         Lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga
  •         Merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  •         Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  •         Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan
  •         Warga emas sebatang kara.
  •         Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon
Pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan

Walaubagaimanapun ada maklumat yang kami terima, di sekitar Melawati pun ada “tangan-tangan” yang dah mula mengagihkan borang bantuan RM500. Dengan cara bagaimana, kami kurang pasti. Macam-macam…

P/S : 10 Disember 2011 dapat borang bantuan RM500 dan pada pertengahan Januari 2012 akan mula diagihkan duit bantuan RM500 tersebut. Pada tahun-tahun seterusnya selepas itu, anda akan jadi “rakan karib” kepada LHDN.

link