Oleh itu, ukuran saya jelas berbeza satu sama lain. Apa tah lagi ukuran yang orang kafir yang tidak akan duduk diam selagi orang Islam tidak ikut mereka.
Memang dua tiga bulan lepas, kerajaan yang diterajui perdana menteri 1 malaysia mendapat sokongan padu rakyat.Malahan sesetengah penganalisis politik tanah air buat saranan ini masa yang terbaik umno/Bn mengadakan PRU 13.
Ini yang saya tengok, Bayangkan, seramai 5 juta rakyat Negara 1 malaysia sudah dapat wang sebanyak RM 500.pelajar sekolah rendah dapat RM 100. Pelajar university tak kira IPTS ke semua dapat baucer beli buku RM 200.
Mustahil mereka ini tak beri sokongan padu pada kerajaan yang prihatin rakyat. Tapi malang sekali sokongan padu itu sudah turun mendadak dek angkara polis yang melakukan keganasan pada peserta himpun bersih baru baru ini.
Sama ada Tun Mahathir yang berkempen menerusi “bicara negarawan” diseluruh tanahair sedar atau tidak saya tak tahu,Tapi itulah realitinya.Rakyat mula benci pada kerajaan. Tak kurang yang sangat meluat dengan Najib.
Sebagai contoh, Datuk Seri Mohd Najib dalam seminggu ini kelihatan tak keruan dan gelabah. Malahan kebanyakan cakap cakapnya sudah berada ditahap emosional.Bercakap semacam orang tak siuman serta menzahir seorang pemimpin yang gila kuasa. Enggan menerima reality yang berlaku.
Pada saya dia tidak boleh kawal EQnya, lantas mencabar Anwar dengan kata kata yang berbunyi: kalau anak jantan mari kita bersaing dipeti undi.Hal ini seolah telah member ruang yang begitu luas pada pembangkang menyerang bertubi tubi.
Bukan setakat itu saja, malahan membuat rakyat percaya bahawa polis memang ganas bukan lagi mesra rakyat sepertimana slogan yang begitu lunak di dengar tetapi praktik tidak demikian.
Ini menunjukkan beliau (Najib) sangat takut dan kecut perut untuk mengadakan pilihanraya lantas mengakui yang dia adalah Hosni Mubarrak yang jelas dan nyata membuat rakyat terus menerus meluat.
Tranungkite