Monday, 26 March 2012

Rayuan Petroleum Kelantan Lawan Petronas


 
Kelantan Bantah Hakim Pendengaran Rayuan Penzahiran Dokumen Royalti Petroleum Dengan Petronas

Pendengaran penzahiran dokumen (discovery) sepatutnya berlangsung pagi tadi.Pihak Kelantan meminta petronas untuk bekalkan semua dokumen berkenaan cari gali minyak di Kelantan tetapi Petronas enggan.


Mahkmah tinggi telah putuskan bahawa tidak perlu Petronas dedahkan dokumen tersebut. Pendengaran pagi tadi adalah rayuan untuk mengarahkan Petronas untuk menyerahkan semua dokumen yang diperlukan atau tidak.
Proses pendengaran rayuan penzahiran dokumen (discovery) yang berlangsung pagi ini di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya terhenti dengan bantahan oleh peguam Kelantan terhadap panel hakim. Hakim Alizatul Khair Bt Osman Khairudin yang merupakan adik kepada affirm affidavit (peguam) Petronas, Dato’ Azhar b Osman Khairudin.

Bantahan dibuat pagi tadi dengan meminta panel lain bagi menggantikan hakim Alizatul Khair bagi pendengaran kes tanpa ada sebarang bantahan daripada panel hakim. Kes ditetapkan pengurusan 3 April 2012 untuk mendapatkan tarikh pendengaran baru rayuan.

Cadangan tarikh pendengaran rayuan Penzahiran dokumen (discovery) semula adalah pada 26 April bersekali dengan pendengaran Aturan (Order) 14A. Kebiasaan keputusan akan diberi sejurus selepas pendengaran tetapi ada kemungkinan juga yang panel hakim akan minta tarikh lain untuk benarkan mereka berbicang sebelum membuat keputusan.

Sebarang keputusan akan dimaklumkan semula melalui penguam Kelantan Tommy Thomas.

Sekian, terima kasih

Dato’ Husam Haji Musa
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan

Tranungkite