Sunday 29 January 2012

Lemah semangat jangan baca!



Assalammualaikum kepada semua muslimin muslimat yang dikasihi Allah. Terlebih dahulu kita besyukur kepada Allah SWT kerana diizinkan oleh Allah SWT untuk meneruskan kehidupan ini dengan keizinan penafasan melalui lubang hidung kita ini yang dimana kita sendiri tidak sedar bahawa kita sentiasa menghirup udara yang mengandungi oksigen kesihatan tubuh yang dicipta oleh Allah SWT secara automatic hembusan dan penyedupan ini tanpa dikawal.


Begitulah kekuasaan Allah SWT yang memang tidak pernah lupa untuk memberi keizinan kepada jentera kita untuk menyedut udara tersebut dan ketika tidur sekalipun kita masih menyedut udara ini sedangkan kita ketika itu lupa diri atau entah kemana melayari alam mimpi.

Tetapi mengapakah kita masih lupa kepada Allah SWT. Solat dihujung waktu, zikir jauh sekali. Tetapi kita masih angkuh dan sombong kepada Allah tanpa tidak kita sedari. Sedarkah manusia itu melakukan solat taubat ketika melakukan dosa besar sahaja. Tahukah anda dosa kecil juga boleh menjadi dosa besar?. Solat tolak bala bila datang bala sahaja. Bersyukur bila dapat rezeki. Menangis bila ditimpa musibah!. Bukankah ini tanda sombong kita kepada Pencipta?.

Mengapakah kita tidak menangis kerana sayangnya Allah kepada kita? Kita masih berpeluang memohon ampun apabila masih bernyawa jasah ini!. Jangan bila sudah sakit, sudah bisu, sudah buta, sudah hilang segalanya baru mengenal Tuhan...

Apakah sedekah yang telah kita buat untuk menghadap Allah satu masa nanti? Cukupkah dengan solat lima waktu atau tabungan seringgit setiap kali tuan-tuan sedekah ketika tabung masjid bergerak sambil mendengar khutbah jumaat?.

Adakah ketika saudara saudari menghadap Allah tuan puan tidak menyedari telah menanam saham dengan termenangnya kepimpinan yang tidak sepatutnya untuk dilantik?. Sehinggakan anak cucu kita berada di bawah kepimpinan dunia yang langsung tidak takut dosa pahala?.

Ada harapankah anak-anak tuan-tuan bakal mendoakan kesejahteraan tuan-tuan ketika menghadap Ilahi?.

Tanyalah kepada diri tuan-tuan sendiri.. mutakhir ini kita lebih gemar berfikir sendiri tanpa merujuk pucuk pimpinan. Terasa hebat sendiri tanpa menerima pandangan orang lain. Ilmu akademik sudah tidak berguna lagi. Mana ilmu agama tuan-tuan?. Ibu bapa sendiri sudah terpesong dengan pemahaman mereka.

Seketika dulu anak yang cerdik-cerdik dihantar mengaji agama agar terlahir alim ulama. Tetapi kini sangat berbeza! Yang cerdik dihantar mengaji sekular kerana mudah mendapat peluang kerja katanya. Yang tidak seberapa dihantar pondok!.

Adakah pondok ingin melahirkan generasi alim ulama dari yang memang susah hendak belajar kerana niat salah ibu bapa itu sendiri?.

Perbaikilah niat!. Lihatlah masyarakat sekarang… Hendak jumpa Pembesar awal sebulan sudah memperkemaskan diri semata-mata sangkaan baik mereka agar habuan diperolehi tetapi ketika solat baju pun tak pakai kerana sangkaan mereka yang sangat rendah kepada Pencipta. Habuan Allah lagi tinggi nilaiNya. Apalah sangat dengan dunia ini..

Adamasa penampal poster lebih mulia disisi Allah berbanding calon yang bertanding. Semestinya yang menampal itu sekadar menampal agar pahala diperolehi sedangkan yang bertanding terniatlah juga nak menang bertanding…

Oleh itu kembalilah kita kepada Al Quran dan Al Sunnah. Di dalam satu jamaah bukan di dalam satu jelmaan.

tranungkite