Thursday 5 January 2012

Kalau benar berita ini, Hassan Ali, you are too much!



Terkejut membaca berita ini 

Terkejut kerana ianya diberitakan keluar dari mulut Dr.Hassan Ali yang baru sahaja menamatkan konflik dengan beberapa pemimpin PAS.Alangkah jatuhnya imej seorang pejuang Islam, melayu dan raja raja melayu seandainya mendakwa bahawa perhimpunan 901 sebagai sia sia.


Di mana ketegasan perjuangan menentang ketidakadilan, di mana semangat setiakawan seorang pemimpin yang berintegriti dan di mana sikap seorang pemimpin yang bersama  PR yang telah bersetuju dengan perhimpunan itu.

Cara Dr.Hassan Ali bercakap seperti beliau merupakan pemimpin BN yang bersama UMNO, bukan pemimpin PR yang bersama PAS.Dr. Hassan Ali sebagai seorang cediakawan tidak sepatutnya berbohong ala UMNO untuk mengatakan  perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Dr.Hassan wajar tahu bagaimana kepincangan perbicaraan itu dan seharusnya tidak berbohong sedemikian rupa.Lebih memeranjatkan lagi apabila Dr. Hassan ALi menyatakan beliau tidak akan hadir pada hari itu dan menasihat para pelajar agar tidak hadir serta menyatakan ahli PAS tidak sepatutnya terlibat.Dr.Hassan Ali sedar tak apa yang dikatakan beliau ini?

Kalau pelajar tidak hadir bagaimana mereka mahu menyatakan sokongan mereka kepada keadilan yang diperjuangankan?Begitu juga penyokong PAS, apa makna berada dalam PR yang keadilan yang sama sama dituntut tidak disokong?Dr. Hassan nampaknya mahu mengalih arah perjuangan PAS, dan sikap ini sudah terlalu jauh.

Perhimpunan 901 penting buat perubahan kepada negara yang dilanda kemelut demi kemelut kerana kerakusan dan kezaliman UMNO dan mustahil Dr.Hassan tidak mengetahuinya! Nampaknya Dr.Hassan yang kena fikir sedalam dalamnya tentang matlamat sebenar perjuangannya sekarang kerana masa semakin suntuk buat PR/PAS untuk melayan karenah pemimpin seperti ini.

Dr.Hassan, you are to much!

Tranungkite